14 June 2014

Tips Hilangkan Bintik Hitam / Dark Spots


Assalamualaikum.

Hi!

Di sini saya ingin kongsikan tips / cara untuk menghilangkan bintik hitam (dark spots) dari wajah secara semula jadi.


Bintik-bintik hitam, tanda jerawat, dan jerawat sangat sukar untuk hilang terutamanya apabila berada di muka! Ia benar-benar boleh merosakkan penampilan dan harga diri.

Walaupun terdapat banyak produk-produk kecantikan dapat membuang semua parut di kulit, seperti yang kita tahu bahawa ianya tidak benar-benar berkesan dan kosnya agak tinggi. Kajian telah dibuat oleh
seseorang dan mendapati ianya dapat membantu menghilangkan sebarang parut dimuka. Let's try.


Apa yang anda perlukan:

1) ½ sudu teh baking soda dan ½ sudu teh air suling.

2) Campurkan kedua-dua bahan bersama-sama dalam mangkuk kecil dan kemudian basuh muka anda dan cuci apa-apa solek jika perlu.

3) Sapukan campuran pada kawasan bermasalah dan biarkan selama anggaran lima minit.

4) Bilas dengan air dan itu sahaja!

5) Anda boleh lakukan sekali sehari selama yang anda merasa perlu.

Try it out, mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi.

Sumber : http://myhijab.info/how-to-remove-dark-spots-from-the-face-naturally/


05 June 2014

Tips/cara meningkatkan pendapatan blog! – Nuffnang


Assalamualaikum,

Berikut adalah tips daripada nuffnang untuk meningkatkan pendapatan blog :

  1. Cara-cara untuk meningkatkan trafik blog anda. Kami mencadangkan minimum 20 views setiap hari. Anda boleh mensasarkan untuk mencapai 100 views setiap hari jika trafik blog anda melebihi 20 views setiap hari.
  2. Pilih susun atur blog yang memberikan ruang untuk unit iklan! Nuffnang mempunyai 3 jenis unit iklan yang anda boleh letak di blog anda iaitu leaderboard, skyscraper, dan large rectangular. Kebanyakan pengiklan akan memilih unit iklan leaderboard dan skyscraper, oleh itu kami mencadangkan supaya anda memastikan blog anda mempunyai ruang untuk unit tersebut. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan saiz and penempatan unit iklan, sila log masuk ke Nuffnang dan klik "Add ads".
  3. Pastikan Nuffnang mengetahui apa jenis blog anda! Pada masa anda berdaftar dengan Nuffnang, anda dikehendaki melengkapkan kajian untuk memilih kategori blog anda. Dengan ini, ia membolehkan kami untuk mencari blog yang sesuai untuk kempen iklan yang berkenaan.
  4. Memahami pembaca blog anda. Dengan memahami pilihan pembaca blog anda, anda boleh mengetahui bagaimanakah pembaca anda akan bertindak terhadap iklan dan jenama yang ada pada unit iklan blog anda. Iklan Nuffnang adalah disasar kepada kategori atau golongan yang berkenaan. Justeru itu, pilih kategori yang sesuai untuk blog anda, bukan sahaja akan membolehkan kami untuk memperuntukkan iklan yang sesuai kepada blog anda, malahan dapat menambah pendapatan blog anda.
  5. Pengiklanan banner Nuffnang. Nuffnang akan memapar iklan di unit iklan yang ada pada blog yang telah berdaftar dengan Nuffnang. Unit-unit iklan tersebut membolehkan kami mengukur trafik blog anda, dan pada masa yang sama dapat mengiklankan di blog anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat pendapatan. Walaupun anda hanya dikehendaki meletak salah satu unit iklan di blog anda, tetapi lebih banyak unit iklan yang anda letak, semakin tinggi peluang blog anda akan dipilih untuk kempen iklan yang berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...